Bila dikaitkan fahaman Wahhabiy dengan fahaman pengganas tentu beberapa pihak berkecil hati. Lantas, hati mereka meronta-ronta menunjukkan simpati kepada fahaman ini. Tetapi apabila kita merujuk sejarah, kita dihidangkan dengan peristiwa yang amat menyayat hati. Iaitu peristiwa pembunuhan kejam Wahhabiy ke atas tentera turki Uthmaniyyah, pembunuhan beramai-ramai umat Islam dan penyembelihan ulamak. Walaupun butiran fakta dari Turki dan Arab Saudi sukar didapati, namun para alim ulamak yang menyelami peristiwa berdarah ini merekodkan sejarah hitam berkenaan dalam biografi peribadi mereka. Sebagai tatapan, renungan dan pengajaran buat semua : betapa bahayanya Ekstremis Agama.


Terdapat beberapa fakta sejarah tentang keganasan yang dilakukan oleh tentera Wahhabiy yang dipimpin oleh Muhammad Abdul Wahhab dan kroninya Muhammad Bin Suud. Setelah kedua tokoh ini kembali kerahmatullah. Legasi pelampau Wahhabiy diteruskan pula oleh anak-cucu-cicit mereka dengan pendekatan yang sama. Bahkan lebih dahsyat dari mereka berdua. Semasa gerakan Wahhabiy menyerang Kota Thaif, Makkah dan Madinah, golongan ini melakukan jenayah perang dengan membunuh dan menyembelih para alim ulamak dan umat Islam yang menentang mereka. Antara ulamak yang dibunuh gerakan Wahhabiy adalah seperti berikut :

1- Mantan Mufti Makkah yang bermazhab al-Syafi'ie iaitu Syeikh Abdullah Zawawi. Beliau telah disembelih dengan kejam dihadapan rumahnya sendiri oleh kumpulan pengganas Wahhabiy. Atas alasan mantan Mufti ini bertanggungjawab membenarkan umat ini melakukan kegiatan syirik secara berleluasa.

2- Syeikh Abdullah Abu Khair al-Qadhi juga turut dibunuh oleh tentera Wahhabiy kerana dituduh bersekongkol dengan Mantan Mufti dalam menganjurkan kesesatan dan kesyirikan.

3- Syeikh Jaafar al-Syaibi dan beberapa ulamak lain juga dibunuh dengan kejam oleh puak pengganas Wahhabiy. Kononya ulamak ini menganjurkan bid'ah, sesat dan khurafat dalam masyarakat.

Peristiwa ini telah direkod berlaku pada tahun 1217H bersamaan 1802M. Fakta berhubung kekejaman Wahhabi ini boleh di dapati dalm kitab sejarah yang berjudul Al-Awroq Al-Baghdadiyyah Fi Al-Hawadith An-Najdiyyah karangan As-Sayyid Ibrahim Ar-Rawi Ar-Rifa'iy pada mukasurat 2-4 percetakan An-Najah di Baghdad : Iraq, cetakan 1345H.

Bayangkanlah, jika mereka sanggup menyerang dua kota suci semata-mata mabukkan kuasa politik dengan membunuh ulamak dan umat Islam..maka siapakah kita dihati mereka?
Jika dilihat kepada kronologi Jamaah Islamiyyah (JI), Abu Bakar Basyir, Abdullah Sungkar, Azhari Husin, Nordin Mohd Top dan lain-lain juga menggunakan metod yang hampir sama untuk merealisasi fahaman mereka. Dan tidak mustahil jika golongan ini menguasai tampuk pemerintahan negara, mereka akan menggunakan prinsip 'divide and rule' yang sama sebagaimana Syeikh Muhammad Wahhab. Iatu berjihad hanya menggunakan senjata walaupun melibatkan pertumpahan darah umat Islam. Nau'zubillah min dzalik.

Sejarah hitam ini juga menyebabkan 'pendakwah Wahhabiy' takut untuk digelar Wahhabiy. Lalu mereka mencari pelbagai jenama untuk logo perjuangan mereka. Maka lahirlah : Salafi (SalahPi) Salafiyyah, Ittiba' al-Sunnah, Ansar al-Sunnah, Golongan Sunnah, protaz, kaum muda, Muslim Progresif dan macam-macam ada. Nasihat saya, anda tak perlu keliru dengan jenama. Sebaliknya anda perlu fokus kepada intisari fahaman dan pemikiran mereka.

Setelah anda dihidangkan dengan fakta ilmiah tentang kekejaman Wahhabiy..apakah anda masih simpati kepada golongan ini. Soal rasa..lidah tak boleh bohong. Soal fakta..anda perlu terima dengan terbuka. Anda tidak perlu fanatik dan bertaqlid buta. Sebaliknya..anda perlu sedar bahawa Islam sesekali tidak mengambil kebenaran dengan kekerasan. Jika pada pendapat anda sesuatu hukum itu adalah bid'ah sesat, syirik @ khurafat..mungkin masih ada pendapat ulamak lain yang menghukum bertentangan dengan anda. Jika ketentuan hukum dibuat berdasarkan ijmak..kita sepakat mengiyakannya. Fikir-fikirkanlah apa yang terbaik untuk Islam dan umatnya. Wassalam.

Sumber : http://al-ghari.blogspot.com/2009/12/wahhabiy-mengganas.html

0 Comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin