Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:
Al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
(Al-Baqarah : 183)
Hadis:
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas
aji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar daripada Islam)
Lafaz Niat
Syarat wajib puasa
Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:
1. Islam : Tidak diwajibkan kepada orang kafir.
2. Baligh : Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh.
Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa
3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.
4. Berkemampuan : Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti
orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.
Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:
1. Islam : Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka
puasanya batal
2. Berakal : Orang Gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid
4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam: Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.
Sebab-sebab Dibolehkan Berbuka
Pertama. Bermusafir (perjalanan jauh) : wajib qadha’
Kedua. Sakit : wajib qadha’. Jika sakitnya tidak diharapkan kesembuhan maka tidak perlu meng-qadha’ tetapi cukup bayar fidyah.
Ketiga. Hamil : diperselisihkan penggantiannya
Keempat. Menyusui : diperselisihkan penggantiannya
Untuk wanita yang hamil atau menyusui :
Jika khuatir terhadap dirinya sendiri saja : wajib qadha’ saja
Jika khuatir terhadap anaknya saja :
• menurut jumhur : wajib qadha’ saja
• menurut Imam Syafi’i : wajib qadha dan juga fidyah
Jika khuatir terhadap dirinya dan juga anaknya :
• menurut Ibnu Umar dan Ibnu Abbas : wajib bayar fidyah saja
• menurut Imam Syafi’i : wajib qadha’ saja
Kelima. Lanjut usia : wajib bayar fidyah
Keenam. Lapar atau haus yang tersangat : wajib qadha’
Ketujuh. Paksaan : wajib qadha’
Keterangan : Membayar fidyah ertinya memberi makan seorang miskin sebanyak hari dimana seseorang meninggalkan puasa. Besarnya fidyah menurut jumhur adalah satu mudd, sedangkan menurut Hanafiyah adalah setengah sha’.
Lewat qadha' puasa:
• Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.
Orang yang mati sebelum qadha' puasa:
• Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.
• Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.
~~.::Tokabe96::.~~
Labels: Puasa Ramadhan