Sekadar mengisi masa pada petang ini selepas balik dari masjid menunaikan solat Zohor berjemaah tadi. Teringin pulak saya nak merakamkan beberapa kata di laman ini buat renungan saya sendiri. Yalah laman inipun masih baru kewujudannya. Sapalah yang nak melayarinya. Sekadar untuk menginsafi diri ini.


Menyelusuri perjalanan hidup baginda Rasulullah SAW dan Ulama'-Ulama' silam, membuatkan saya berfikir seorang diri bahawa, adakah hidup saya pada saat ini, hari ini, mencontohi kehidupan insan terulung, Junjungan Mulia Rasulullah SAW?

Perjuangan hidup mereka penuh dengan onak dan duri, penuh dengan dugaan dan cabaran. Sering dizalimi oleh musyrikin dan munafiqin. Hidup mereka pada zaman itu belumpun ada mempunyai kereta serta kesenangan material yang lain. Namun mereka hidup dengan penuh barakah, penuh keimanan dan kesyukuran. Hidup mereka amat sederhana tetapi iman mereka sentiasa bertambah-tambah. Semakin teguh.

Dengan kemudahan yang ada pada masa kini, sepatutnya urusan Islam semakin mudah. Urusan menegakkan agama Islam, mewujudkan negara Islam semakin mudah. Akan tetapi hakikatnya umum mengetahui bahawa, dengan adanya harta benda yang menyenangkan inilah menjadi sebahagian penyebab yang sangat mudah untuk melalaikan hati bahkan menyesatkan manusia dari beriman kepada ALLah SWT.

Bukankah Islam mengajar kita agar hidup bersederhana? SubhanaLLah... Saya sedar bahawa Islam menyuruh hidup bersederhana bukan hanya untuk mengelak pembaziran, akan tetapi agar kita dilimpahi dengan nur iman yang bertambah.

Saya bermohon kehadrat ALLah SWT agar menetapkan hati saya kepada iman dan Islam. Memberi petunjuk hidayah kepada saya, ibu saya, isteri sserta anak-anak dan seluruh muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan ALLah SWT permudahkan hidup saya sebagai Pejuang Islam di bumi Sarawak ini bersama-sama teman-teman seperjuangan yang lain. Amin...

0 Comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin